Tuesday, October 20, 2009

KATA-KATA HIKMAH

Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.

Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.

“Dan Allah akan menjadi pembela kepada orang-orang bertaqwa” (Al-Jasiyah:19)


“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, akan dipermudahkan urusannya” (At-Thalaq:3)


“Bertaqwalah kamu kepada Allah dan Allah akan ajar (beri ilmu) kamu” (Al-Baqarah :282)

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.

"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji."

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."

Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya

Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.

Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak

Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain

Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang

Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali

Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri

Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.

Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha

Kepimpinan Berkualiti Membina Sekolah Cemerlang

No comments:

Post a Comment